In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

For believers are those who, when Allah is mentioned, they feel a tremor In their hearts, and when they hear His Signs rehearsed, find their faith strengthened, and put (all) their trust In their Lord.
Quran; Al-Anfal, Ayat 2.

Disclaimer


Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera to all of you, my dear readers.

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum and welcome to my simple and ordinary blog. My blog was born since March 19, 2007. It was born as a real reflection of my mind where everything that come across my mind confer. Truly, my blog is merely my personal, my diary, my book, my writing and me, myself. It just a sincere expression from my inner mind and heart; not more not less. Therefore, if you guys want to read it, just read with your own consequences. Every individual is unique because of their idiosyncracies. This is mainly because of differences in experience, education, value, background, and even personality. We are unique. Each of us interpret the same information in different ways as our thinking varies. Certain common causes (in any possible way) are definately responsible for the an individual's inbuilt barriers. Hence, I will not be responsible for anything or something that may cause uneasy feeling or inconvenience state that you may face in advance. Thank you. Happy reading. Cherios.

All rights reserved. 2007.


Mohd Khairul Fadzli Abdullah,
IIUM, Gombak.
*******
A certain amount of endurance brings about a possibility of hopes.

**********************************************************************************



Ramadan datang lagi. Alhamdulillah kita sempat menyapa dan mendakapinya penuh erat. Ia kurniaan Ilahi maha hebat, cukup sempurna, menyejukkan gelisah, mententeramkan resah. Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka. Masya-Allah. Namun, ini mungkin Ramadan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia. Renungilah.

Berapa ramai anggota keluarga terdekat dan teman rakan, yang bersama kita Ramadan setahun lalu, kini tiada lagi, tidak sempat untuk menikmati ujian dan menjalani tarbiyah dalam madrasah penuh pengorbanan ini.

Justeru jangan terleka. Peluklah dengan penuh kecintaan - setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah - Ramadan yang sarat dengan keberkatan ini. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luasnya.

Detik nafasmu adalah ibadah. Tidur rehatmu adalah ibadah. Apa lagi dengan bertadarus, menyantuni anak yatim, menyempurnakan silaturrahim, membela golongan tertindas, bersedekah, memuliakan ibu bapa, mengasihi orang tua, membantu golongan tidak berupaya, menyediakan bahan berbuka, selain berdoa dan memanjangkan sujud, serta menghidupkan malam dengan munajat dan taubat selepas bertarawih, sementara menanti malam seribu bulan.

Bagi sesetengah orang Ramadhan cukup menyesakkan. Ye, ia memang menyesakkan nafas, membuntukan fikir, namun secara misteri mudah menyuntik rasa sedar-insaf bahawa panggilan Ilahi bisa datang secara tiba-tiba, tanpa bertanyakan apakah persiapan sudah beres atau masih khayal dengan hal duniawi yang tidak berkesudahan.

Benar sekali sabda nabi. Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kelazatan dunia, iaitu mati. Rasulullah pernah ditanya tentang orang Mukmin yang paling mulia, maka jawabnya adalah orang yang paling baik akhlaknya.

Ditanya lagi, orang Mukmin mana yang paling beruntung atau cerdas, maka jawab baginda, mereka yang paling banyak mengingati mati dan mempunyai bekal yang banyak untuk menghadapi kematian.

Ramadan menjanjikan gandaan pahala, menghaluskan jiwa dan mendorong untuk melakukan amalan kebajikan. Manakala mengingati kematian menyebabkan seseorang menyegerakan taubat, rendah hati dan rajin beribadah. Namun Ramadan bukan pula membungkus seseorang dengan aktiviti individualistik semata-mata.

Khidmat buat masyarakat, menarik tangan masyarakat bawahan yang tertekan, terutama dalam kesempitan hidup yang menggigit ini; semuanya perlu ditingkatkan setulusnya, sebagai satu persembahan agung buat Ilahi. Sesungguhnya Allah amat mencintai makhluk yang paling penyayang pada makhluk yang lain, yang paling bersungguh-sungguh dalam memenuhi keperluannya.

Usah terlepas lagi daripada merangkul kenikmatan Ramadan yang sangat istimewa itu.

0 comments: