In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

For believers are those who, when Allah is mentioned, they feel a tremor In their hearts, and when they hear His Signs rehearsed, find their faith strengthened, and put (all) their trust In their Lord.
Quran; Al-Anfal, Ayat 2.

Disclaimer


Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera to all of you, my dear readers.

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum and welcome to my simple and ordinary blog. My blog was born since March 19, 2007. It was born as a real reflection of my mind where everything that come across my mind confer. Truly, my blog is merely my personal, my diary, my book, my writing and me, myself. It just a sincere expression from my inner mind and heart; not more not less. Therefore, if you guys want to read it, just read with your own consequences. Every individual is unique because of their idiosyncracies. This is mainly because of differences in experience, education, value, background, and even personality. We are unique. Each of us interpret the same information in different ways as our thinking varies. Certain common causes (in any possible way) are definately responsible for the an individual's inbuilt barriers. Hence, I will not be responsible for anything or something that may cause uneasy feeling or inconvenience state that you may face in advance. Thank you. Happy reading. Cherios.

All rights reserved. 2007.


Mohd Khairul Fadzli Abdullah,
IIUM, Gombak.
*******
A certain amount of endurance brings about a possibility of hopes.

**********************************************************************************

Let soothe our tension...

Assalamualaikum w.b.t.


~Saturday, January 17, 2009.


Undeniably, the more modern and advance we are, the more complex we are getting with it, isn't it? So, let share something about it. Well, I wanna ask you something, what do you do when you get tension or stress even boring? How do you handle this kinda stuff? I guess, some of you maybe read the Quran and some of you maybe just listen to the soft music, right? Anyway, no wonder people do everything to soothe their stress and cozy their life. So do I. For that reason, I wanna share something with you all guys today. When life is getting more complicated with all the crazy problems, give some time for ur mind to relax is a must. For me, usually I do it by listening to some instrumental or new age music. Who can guess what is my faveret songs? One of my favorite playlist is Yanni's Album - In My Time (1993).

Then for soothing tension, this is one of the best albums I’ve heard . The songs are beautifully played on the piano with orchestral backup, no vocals. You can use the music to add some soothing color to your drive to work, transforming your commute into a special experience and making road rage a thing of the past. These songs have a calming, contemplative, uplifting quality that’s great for stress reduction.


"This was the kind of album I've been wanting to make for years, a clear and honest album that would be consistent in its mood. I wanted the audience to feel the human being behind the music. One human being to another" -Yanni-

Jom pakat dengar ramai2 ye...


Bandicruz.
*******
Ardour of Admiration (AoA)

Bicara Buat Dua Hati


Teman
Aku kembali membuka lembaran sehelai kertas
Mencoretkan sedikit warkah
Berbekalkan tinta nan basah
Ditemani gerimis yang turun nun jauh dari angkasa
Dan berbekalkan irama shahdu dari corong radio...

Teman
Izinkan aku memulakan bicara
Bicara bisu dua hati yang berbeza
Yang kini sedang mekar di pintu hatiku
Mengusik-ngusik kotak mindaku
Menganggu ketenangan jiwaku...

Teman
Masihkah dikau ingat lagi
Suatu ketika dahulu
Tatkala hati ini meretak
Dek saat kesedihan meratap-ratap serta mencarik-carik
Akan pemergian insan lalu
Saat kasih sayang didambakan
Lantas dikau hadir menjelmakan diri...

Hadirnya dikau
Cukup membahagiakan diri ini
Menceriakan hari-hari seterusnya
Mengungkapkan hilai tawa di hati gersangku
Dikau berjaya membuatkan daku kembali tersenyum
Meniti hari-hari mendatang bersama si dia yang setia menemani
Ah, bahagianya hidup ini...

Teman
Masihku dikau ingat
Di suatu malam dikau berbicara
“Dia jangan lupakan kita ya. Bagi kita, dia adalah lelaki yang amat memahami perasaan kita”
Suatu pujian dilontarkan ke telinga ku
Aku sedikit terharu
Mengapa? Mengapa?

Namun kini,
Aku telah memulakan kembali dunia hidupku
Berada di suatu tempat yang baru
Bertemankan suatu panorama yang indah
Ku sangkakan tiada lagi insan yang ku akan temui di sini
Ku sangkakan tiada lagi cinta yang akan bersemi di sini

Namun
Aku silap
Kerana di suatu saat
Aku terpandangkan suatu bayang
Bayang seorang wanita yang selama ini kudambakan
Wanita yang meletakkan agama itu di atas
Membatasi segala-galanya
Wanita yang bicaranya tiada tersasul dengan kata yang sia-sia
Dan wanita itu…
Ah sukar bagiku untuk bayangkan dengan kata-kata
Sungguh, tiada kata yang dapat mengungkapkan perasaan ini

Kini
Bayang wanita itu kian mendekat ke arahku
Aku dijadikan tempat bergantung hidup
Aku dijadikan pelabuhan untuk berkongsi cerita
Cerita duka
Cerita tawa
Dan segala macam cerita lagi

Tapi
Bagaimana dengan hati itu?
Hati yang selama ini menemaniku
Di saat aku berduka
Di saat aku kecewa
Berdosakah aku?
Membuatkan hati itu terus menanti sesuatu yang tiada pasti
Aku keliru
Mengapa aku tiada perasaan buat hati itu?
Tiada?
Adakah aku pasti?

Aku keliru
Adakah aku ada menyimpan perasaan buat hati itu?
Aku tidak pasti
Bagaimana aku harus mencintainya
Seandainya aku tiada mengenali hati itu dari dekat
Bagaimana aku harus menyayanginya
Seandainya lebuhraya kehidupan aku bersama dia masih samar
Samar dalam kegelapan

Maafkan aku duhai hati
Aku tiada bisa meneruskan perasaan ini buatmu
Aku tiada mahu kau merana di suatu masa nanti
Seandainya kau kehilangan aku
Aku sendiri tiada mampu memberikan kau apa-apa
Kerana diriku ini masih serba kekurangan
Carilah dan tempuhilah perjalanan hidupmu itu
Persiakan aku di sini
Kerana aku rasa bersalah buat dirimu
Maafkan aku seandainya selama ini aku membuahkan segugus harapan di hatimu
Maafkan aku kerana membuatkan kau terluka
Aku mendoakan agar ada seorang insan
Yang bakal menjemputmu
Dan membawamu ke lembah kebahagiaan
Yang kekal abadi
Maafkan aku kerana tiada bisa menerimamu

Ketahuilah
Aku tiada mampu bersamamu
Kerana aku dan dirimu
Tiada suatu masa hadapan yang dapat menjamin cinta ini terus bersemi
Lebih baik kau kehilangan aku kini
Daripada kau kehilangan aku di suatu masa nanti
Maafkan aku duhai hati…

Kepada wanita itu
Wanita yang meletakkan agama itu mengatasi segala-galanya
Aku menginginkan kau setia
Andainya aku insan yang kau pilih buat menemanimu
Aku menginginkan kau jujur
Dalam perhubungan ini
Kau sendiri pernah berkata
Di suatu masa nan lalu
“ Saya ingin mengenali awak dengan lebih mendalam”
Kan ku simpan kata itu
Sebagai bukti andainya cinta itu bersemi
Suatu saat nanti
Akan ku luahkan segala yang tersimpan di hati kecilku
Dan aku jua ingin mendengar apa yang tersimpan di hati sucimu
Kerana itu adalah janji yang telah kita pateri
Sedikit masa lalu

Di malam ini
Aku kembali menulis
Menulis bicara buat dua hati
Dua hati yang terpaksa ku pilih
Sukar bagiku untuk semua ini
Ku hanya mengharapkan sekalung kemaafan
Buat satu hati yang kini kecewa kerana ku
Maafkan aku
Aku menghargaiku kehadiranmu
Tapi
Aku tiada bisa bersamamu
Dan tiada bisa menerima cinta sucimu
Aku mendoakan kebahagiaanmu
Maafkan aku

Kepada satu hati lagi
Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku
Aku menghargai semua ini
Semoga kau bahagia di sampingku

Ketahuilah
Sukar bagiku untuk semua ini


*******
Ardour of Admiration (AoA)

Career Carnival...


Salam sejahtera....

Bertempat di Mid Valley Megamall, 3th floor, sekali lagi career carnival julung-julung kali diadakan. Kali ini dijangkakan seramai 10000 pengunjung serta peserta dari pelbagai ceruk peringkat lapisan masyarakat (mostly yg masih tanam buah anggur tu yg masih2 lagi xberbuah...hehe...sori, xbaik mengata orang kan..ataupun yg sekadar dtg untuk menyibukkan diri, menyerabutkan keadaan serta menyusutkan fikiran pengunjung lain) particularly fresh graduate lah, akan berkunjung ke carnival ini...but those yg ada experience tu still become the first priority of many companies to hire them. So kira advantage lah korang yg dah ada working experience ni. Carnival ini akan berlangsung selama 3 hari kalau xsilap ye, yakni bermula Friday 16hb ni sehinggalah Sunday, 18hb nuh. Carnival ini rasanya melibatkan hampir 100 syarikat terkenal dan juga yg kurang terkenal dari seluruh pelusuk negara. So datanglah beramai2 ye. Jgn lepaskan peluang ni pesanan dari khidmat masyarakat Bandicruz San.


*******
Ardour of Admiration (AoA)

Hatiku Sedih Melihat Manusia Terbiar...


~Hatiku sedih melihat manusia khususnya umat Islam sekarang ni. Mereka serba-serbi terbiar. Tiada yang benar-benar mahu menjadi penyelamat. Kalaupun ada yg hendak menjadi penyelamat, namun ada sesuatu di sebaliknya. Keihklasaan yg didamba agak sukar untuk ditemui. Penyelamat yg ditunggu tidak juga sampai-samapai, mereka tetap terbiar. Sungguh mereka kepenatan menunggu dan menanti. Menanti dengan penuh kehampaan. Ada juga yang ingin menjadi penyelamat namun terlalu jahil dan dungu, lemah serta tidak tahu caranya. Masalah manusia tidak juga selesai-selesai. Ah, malang sungguh nasib mereka. Manusia ni ada pelbagai jenis. Ada yg fakir, yg miskin, yg papa kedana...kehidupan mereka semua sungguh tidak sempurna dan terurus. Dek kerana ketidakmampuan mereka untuk menguruskan kehidupan mereka sesempurna mungkin, maka berbagai-bagai jenis penyakit dan kesengsaraan terpaksa mereka deritai. Siapalah yg tidak mengidamkam kehidupan normal. Kehidupan seperti manusia2 yg lain yg lebih bernasib baik. Tiada yg sudi untuk tampil membela dan memikirkan keadaan serta nasib mereka. Tiada siapa yang mahu mempedulikan mereka.


~Ramai di kalangan mereka tidak kenal tuhan dan tidak mempedulikan tuhan. Tidak ada siapa yang mahu dan hendak menyampaikan risalah ketuhanan kepada mereka. Mereka ketandusan nur-Ilahi. Kalau ada pun yang datang berdakwah kepada mereka lebih bermotifkan politik atau tentu ada tujuan tertentu untuk kepentingan sendiri. Maka agama mereka tetap terbiar. Mereka tetap kehilangan tuhan. Kerana kehilangan tuhan, maka hilanglah kasih sayang sesama manusia. Bilamana hilang kasih sayang sesama manusia maka berlakulah bermacam-macam hasad dengki, hina menghina, kata-mengata di sana sini. Lantas lahirlah fitnah-memfitnah, jatuh-menjatuhkan, dan mementingkan diri semata-mata. Maka pelbagai krisis, pergaduhan dan peperangan berlaku di kalangan manusia. Lebih-lebih lagi tidak ada siapa pun yang datang menjadi pendamainya. Ada penguasa-penguasa dan orang-orang kaya menindas dan menzalimi yg lemah dan x berupaya. Mereka ini melakukan sewenang-wenangnya dengan kekuasaaan dan kekayaannya. Namun tidak ada pun tangan-tangan besi yang dapat serta mampu menghalangnya. Maka bertambah rakuslah mereka ini. Kalaupun ada tangan-tangan yang hendak menghalangnya namun tangan yang lumpuh. Justeru penindasan dan penzaliman tetap bermaharajalela.


~Ya Allah, aku memohon maaf kepada-Mu Tuhan kerana tidak dapat menjadi pembela atau penyelamat. Janganlah kerana kemiskinan dan tidak sampainya risalah Islam kepada mereka aku dipersalahkan dan jangan pula seluruh kesalahan mereka dipertanggungjawabkan ke atas bahuku. Sungguh aku tidak berdaya menanggungnya. Aku memohon maaf dan ampun di atas kelemahanku ini Tuhan. Oh tuhan, janganlah Engkau bertindak ke atas diriku yg lemah ini.




*******
Ardour of Admiration (AoA)

Gadis Kecil - Usman Awang


Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar mentari pagi

Demikianlah gadi kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.

Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung
dengan sopan menolak pemberianku
'saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku.'

Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempesonakan.
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya

sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.'

Aku jadi terpaku
dia, si gadis kecil itu menenteramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari anak penghuni penjara sendiri?

Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.



*******
Ardour of Admiration (AoA)