In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

For believers are those who, when Allah is mentioned, they feel a tremor In their hearts, and when they hear His Signs rehearsed, find their faith strengthened, and put (all) their trust In their Lord.
Quran; Al-Anfal, Ayat 2.

Disclaimer


Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera to all of you, my dear readers.

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum and welcome to my simple and ordinary blog. My blog was born since March 19, 2007. It was born as a real reflection of my mind where everything that come across my mind confer. Truly, my blog is merely my personal, my diary, my book, my writing and me, myself. It just a sincere expression from my inner mind and heart; not more not less. Therefore, if you guys want to read it, just read with your own consequences. Every individual is unique because of their idiosyncracies. This is mainly because of differences in experience, education, value, background, and even personality. We are unique. Each of us interpret the same information in different ways as our thinking varies. Certain common causes (in any possible way) are definately responsible for the an individual's inbuilt barriers. Hence, I will not be responsible for anything or something that may cause uneasy feeling or inconvenience state that you may face in advance. Thank you. Happy reading. Cherios.

All rights reserved. 2007.


Mohd Khairul Fadzli Abdullah,
IIUM, Gombak.
*******
A certain amount of endurance brings about a possibility of hopes.

**********************************************************************************

Anwar; the unpredictable of god-blessing or horrendous disaster.

Assalamualaikum w.b.t.


June 16. 0719. Somewhere in Mahallah Uthman, IIUM.

Mungkin ini menjadi tulisan saya yg pertama dan terakhir bercakap pasal politik. Secara peribadi saya mengatakan saya bukanlah seorang yg minat berpolitik. Jauh sekali nak membicarakan perkara2 yg berkaitan politik. Saya tahu politik dan agama mmg xdapat dipisahkan. Itu pesan ustaz semasa di sekolah Maahad Muhammadi dahulu. Masih segar dalam ingatan saya. Juga pesan ayah selalu berlegar2 dalam kotak ingatan saya, "jange caro ko politik ko gapo lagi masa duk ngaji ni. Tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran dulu." Namun, ilham (untuk menulis) ini datangnya setelah melihat senario negara kita yg semakin serius dan parah, tatkala umat Islam terumbang-ambing dan semakin berpecah belah, maka saya berpendapat adalah satu keperluan untuk saya menulis dalam ruangan ini. At least untuk mempertahankan maruah agama yg saya cintai. Maaf ayah, maafkan lie.

16 September telah berlalu. Namun tiada sebarang perubahan pun yg berlaku. Apa dah jadi. Mana kata2 berapi suatu ketika dahulu yg pernah membakar seluruh jiwa dan raga 27 juta rakyat Malaysia. Kemanakah perginya, kemanakah menghilangnya kata2 itu? Detik 16 September dipilih kerana sebagai simbol sejarah pembentukan negara Malaysia. Maaflah andainya saya mengguris hati dan perasaan pengikut serta penyokong DSAI or maybe I'll just call it Anwar saja, saya xberniat menghina, namun semua orang akan menuntut dan menagih janji2 yg telah dibuat. Seperti kata pepatah bidalan, kerbau berpegang pada talinya, manusia pula berpegang pada janjinya. Maka, manakah perginya janji2 itu?

Well, melihat kepada tindak tanduk Anwar yang rela menghancurkan negara dengan taktik rampas kuasa melalui politik lompat berlarutan hanya kerana ingin menjadi PM , maka saya terpaksa rumuskan bahawa Anwar tidak layak menjadi ahli politik Malaysia jauh sekali menjadi PM. Maafkan saya kalau rumusan saya itu terlalu kasar. Mungkin saya terlalu straight. Mungkin sesetengah dari anda mempertahankan cara Anwar dan tindakan Anwar ini. Mungkin ya, mungkin tidak. Saya mengaku ilmu politik saya tidaklah sehebat kalian2 diluar sana. Namun izinkan saya menulis untuk menyuarakan pandangan peribadi saya. Anda semua amat dialu2kan untuk menyuarakan pendapat masing2. Jadikanlah ruangan ini ruangan ilmiah, pencambah idea2 yg baru dan bernas. mana yg baik kita jadikan teladan, mana yg buruk atau tidak elok kita jadikan sempadan diri. Ingin saya jelaskan di sini, saya tidak menyokong mana2 pihak. Ini sekadar pandangan peribadi saya (namun secara teknikalnya, saya menyokong Anwar, namun saya cuba untuk tidak terlalu mengharapkannya. Justeru itu saya cuba untuk bersikap 'against' him or cuba berada di sebelah pihak yg lain). Memahami manusia adalah sesuatu yg terlalu kompleks untuk ditafsirkan. Kita tidak tahu apa isi hatinya, sama ada dia ikhlas atau tidak. Rambut sama hitam tp hati boleh jadi lain2. So atas dasar itulah saya cuba untuk tidak terlalu mempercayainya. Maafkanlah sekiranya saya bersikap hipokrit, namun itulah realitinya. Ye saya tahu saya bukanlah perfect sgt nak membicarakan semua ini. Namun, sebagai seorang insan yg ada mata, telinga dan akal dan sebagainya yg sudah berkemampuan untuk melihat dan menilai sesuatu yg baik atau buruk, maka wajib atas kita untuk mempertahankan apa yang benar. al-jihadu fil haq.

Seorang ahli politik mestilah seorang yang berhemah dan sentiasa mementingkan kesajahteraan rakyat dan negara walaupun begitu bersemangat untuk membawa kesajahteraan kepada rakyat. Semua ahli politik mahukan perubahan kepada negara untuk penambahbaikan tetapi mereka tidak harus melampaui tata susila sehingga sanggup membiarkan rakyat gelisah kerana untuk menarik 30 MP untuk mengkhianati parti mereka. Kita ada undang-undang dan perlembagaan. Melompat parti itu bukanlah caranya. Anwar telah meletakkan negara dalam krisis kepimpinan berpanjangan. Bagi Anwar, beliau melakukan nya dengan sangat seronok sekali. Anwar sanggup melakukannya dan saya anggap beliau tak layak menjadi ahli politik masyarakat kerana tak mungkin seorang gila kuasa dan tidak menghormati kesajahteraan negara boleh menjadi ahli politik yang baik. Mungkin anda ada pandangan lain yg lebih rasional.

Memanglah mengikut pelembagaan Malaysia Anwar boleh meneruskan permainan budak budak nya sehingga dua tahun atau tiga tahun walaupun 16 September telah meletakkan nya sebagai seorang pembohong namun beliau mesti ingat rakyat dan negara ada had dan kesabaran melayan kerenahnya. Saya rasa Anwar akan terus menggunakan taktik teka teki lompat parti untuk merampas kuasa kerana beliau telah tidak ada nilai murni sebagai seorang rakyat yang perihatin. Maaf sekali lagi.


Taktik Anwar hanyalah senang iaitu
1. Mensabotaj semua rancangan kerajaan untuk tidak mestabilkan negara
2. Menimbulkan benci orang bukan melayu kepada kerajaan sekarang
3. Tidak menamatkan cerita 30 mp bn lompat ke PR dan membiarkan teka teki berlarutan
4. Melagakan pimpinan PAS untuk memastikan PAS bukan penghalang
5. Mengutuk konsep politik mempertahankan Melayu Muslim atas alasan itu perkauman
6. Memainkan 'play innocent game' atau ' game kamu jahat dan aku yg baik'.
7. Bergabung dengan persatuan extremis China dan India untuk menimbulkan kebencian terhadap kerajaan memerintah menyamai pakatan Northern Alliances Afghanistan.

Adakah taktik Anwar ini akan berjaya. Jawapan peribadi saya mengatakan 'tidak'.

Rakyat Malaysia adalah rakyat yang matang dan Anwar sebenarnya memandang rendah kematangan budaya politik rakyat Malaysia. Fokus Anwar kepada MP Sabah Sarawak melompat parti mungkin kerana Anwar merasa orang Sabah Sarawak bodoh tetapi ini tidak betul sama sekali. Orang Sabah dan Sarawak adalah bumiputera yang prihatin. Perkara yang akan menyekat mainan politik Anwar untuk terus meracau dan mengacau keharmonian kaum ialah sejarah Malaysia itu sendiri. Malaysia telah didirikan bersama atas persefahaman orang Melayu dan bukan Melayu untuk merdeka dan mereka telah melalui satu proses penyatuan yang amat hebat iaitu apabila mereka menghadapi ancaman kominis Bintang Tiga secara bersama dan kita telah berjaya menghancurkan revolusi bersenjata mereka di hutan belantara. Malang sekali kita sudah alpa bahawa socialism itu masih hidup dalam sanubari mereka yang pernah cuba untuk menghancurkan kita.

Saya sangat yakin bahawa element yang berada di belakang Anwar adalah element socialist saki baki kominis dahulu yang mempunyai dendam lama. PAP dan DAP adalah parti dari akar socialist yang sama dan kejayaan mendapat Singapura telah menyebabkan mereka masih menyimpan rasa manisnya merampas negara ummat Islam milik orang Melayu. Anda semua mesti tahu akan sejarah negara kita kan. Bagi saya Anwar hanyalah pawn atau biduk percaturan politik DAP untuk merampas Malaysia.

Bagi orang Melayu Muslim , kita sebenarnya belum membuat usaha maksima untuk mempertahankan tanah air kita dari di rampas oleh orang dagang yang bertandang di sini. Saya bukanlah anti China atau India. Namun kita harus ingat bahawa hak kita selama ini akan terhapus suatu masa nanti. Kita tidak akan bersatu dgn mereka semua walau sesukar mana sekalipun kita mencuba. Mereka tidak akan rela kita meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita. Maka apakah lagi yg lebih penting dari mempertahanlan kesucian agama dari dinodai dan dihina. Fikirkanlah wahai sahabat2ku semua. Masanya sudah tiba. Pelbagai rentetan cubaan untuk menghina dan menjatuhkan institusi keIslaman di negara kita telah berlaku. Bermula dgn isu Artikel 11 dan sebagainya. Terlalu banyak untuk saya menyebutnya di sini. UMNO memanglah sudah lemah tetapi PAS juga tidak patut lemah dalam mempertahankan ummah. PAS sekarang telah menjadi king maker yang sebenarnya walau pun istillah ini di benci oleh DAP dan cuba menukarnya kepada istilah lain. PAS sebenarnya masih terbelenggu dengan pemikiran politik lama yang menggangap umno sebagai musuh bukannya saudara yang perlu diberi tarbiyah dan di dampingi. Percaturan politik Anwar telah berjaya melagakan tuan guru Ustaz Nik Aziz dengan Mustapa Ali dan ini perlu dielakkan segera. Padah buruk menanti andai 'perseteruan' ini tidak dileraikan. Saya berkeyakinan sekarang telah terdapat hardcore Anwar propagandist yang bekerja siang dan malam untuk memecahkan jemaah PAS supaya PAS tidak akan menjadi penghalang kepada kerja buat Anwar yang gila kuasa.

Seperti kata Mufti Perlis bahawa apa yg dibimbanginya pemimpin selepas ini lebih teruk dari sekarang ini. Sama2lah kita berdoa pada Allah agar memelihara kesejahteraan seluruh umat Islam (bukan sekadar umat Melayu saja, Islam tidak hanya pada bangsa sahaja. Kiranya anda mengatakan saya berjuang untuk orang Melayu, maaf saya katakan anda silap. Saya tidak sesekali berjuang atas nama Melayu dan untuk orang Melayu sahaja, saya berjuang atas nama dan dasar Islam yg saya cintai) di negara kita khususnya dan seluruh dunia amnya.


p/s: Saya lebih rela mati berjuang pada jalan Allah daripada mati dgn membiarkan kezaliman berlaku bermaharajalela di depan mata saya. Ya Allah aku pohon padaMu ya Rabbul Izzati agar aku mati berjuang pada jalanMu. Amin ya rabbal-alamin. Hasbunallah wa ni'mal wakeel.


Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar.


p/s: the original source has taken from one of al-Arqam blog and it has been undergoing a series of modification before it was released to the public. REMEMBER, this is not my entire idea okay. So DO NOT blame me if it hurting you. I have to stress here again, if you do not like this article, please leave it. The primary intention i put it here is to open an even thought on both side. You have the right to judge which one is right and wrong. There is nothing related to my personal matter. Because this issue is very sensitive. T.Q



Bandicruz San, 2008. All right reserved.

***
Ardour of Admiration (AoA)