Berdebar a.k.a nervous
Bismillahirrahmanirrahim...
Salam sejahtera,
Mengapa kita harus berasa berdebar, gementar atau gemuruh. Perkataan yang berbeza namun membawa maksud yang hampir sama. Mengapa ianya wujud dan untuk apakah kewujudannya. Seringkali menjadi persoalan. Persoalan yg masih menimbulkan satu misteri. Kenapakah ianya selalu menganggu ketenangan serta meragut kesenangan kita. Mengapakah ianya tidak pernah padam serta sunyi dari merobohkan dinding keyakinan kita terhadap diri kita sendiri. Apakah dosa kita selama ini? Apakah noda yg telah kita palitkan? Apakah yg menyebabkan ianya begitu benci sekali kepada kita? Ah, terlalu byk persoalannya. Yang pastinya, kehadirannya cukup meranakan kita.
Semua orang tahu akan bahana kesannya. Amat bahaya serta seram sekali. Bisa melumpuhkan jaringan sistem urat saraf yg ada, mampu menggelapkan serta mengaburkan pandangan yg jernih, jugak tidak kurang yg jd pekak disebabkannya, serta juga bisa menganggu sistem kompleks elektronik otak kita. Ye, apabila saraf kita terganggu ianya akan berhenti berfungsi untuk seketika, maka secara automatik otak kita akan jadi suspend or hang, and for sure our body is slowly going to die. Ah, sungguh pilu serta dahsyat bahana pernyakit ni kan? Penyakit yg memang dan sungguh unik. Oh ye penyakit ini (maaf, mungkin ada yg tidak setuju, tp aku menganggap perasaan ini sebagai suatu penyakit). Percayalah kawan, gementar atau berdebar tidak akan berhenti dari menghantui diri kita. Semakin laju serta jauh kita lari darinya, semakin pantas serta dekat pula ianya mengejar kita. Ianya seperti magnet kepada diri kita. Tarikan yg cukup2 kuat. Sesungguhnya kita tidak terdaya serta mampu untuk mengelakkan daripadanya selama-lamanya. Selagi mana kita tidak berpaling dan menghadapinya secara bertentangan selagi itulah kita tidak akan aman dan tenteram. Ya, percayalah kawanku sekelian hanya itu sajalah jalan penyelesaian yg ada. Hadapinya secara nyata dan bersemuka. Kita mungkin tidak mampu untuk menghapuskannya serta menghancurkannya secara total, namun kita mampu untuk melemahkannya.
Memang tidak dinafikan perasaaan gemuruh serta berdebar ini wujud sejak sekian lama lagi dalam diri kita ini semenjak kita dilahirkan lagi. Setiap orang mempunyai perasaan ini, cuma yg berbeza ialah darjah gemuruh yg ada dalam diri mereka dan bagaimana mereka menghadapinya serta mengawalnya. Namun, sedarkah kalian semua bahawa kita tidak dicipta semata2 untuk melayan perasaan bodoh ini.
p/s: jgn layan sangat perasan bodoh ini. Ingat, anda mampu mengubahnya.
*******
Ardour of Admiration (AoA)
0 comments:
Post a Comment