Hatiku Sedih Melihat Manusia Terbiar...
~Hatiku sedih melihat manusia khususnya umat Islam sekarang ni. Mereka serba-serbi terbiar. Tiada yang benar-benar mahu menjadi penyelamat. Kalaupun ada yg hendak menjadi penyelamat, namun ada sesuatu di sebaliknya. Keihklasaan yg didamba agak sukar untuk ditemui. Penyelamat yg ditunggu tidak juga sampai-samapai, mereka tetap terbiar. Sungguh mereka kepenatan menunggu dan menanti. Menanti dengan penuh kehampaan. Ada juga yang ingin menjadi penyelamat namun terlalu jahil dan dungu, lemah serta tidak tahu caranya. Masalah manusia tidak juga selesai-selesai. Ah, malang sungguh nasib mereka. Manusia ni ada pelbagai jenis. Ada yg fakir, yg miskin, yg papa kedana...kehidupan mereka semua sungguh tidak sempurna dan terurus. Dek kerana ketidakmampuan mereka untuk menguruskan kehidupan mereka sesempurna mungkin, maka berbagai-bagai jenis penyakit dan kesengsaraan terpaksa mereka deritai. Siapalah yg tidak mengidamkam kehidupan normal. Kehidupan seperti manusia2 yg lain yg lebih bernasib baik. Tiada yg sudi untuk tampil membela dan memikirkan keadaan serta nasib mereka. Tiada siapa yang mahu mempedulikan mereka.
~Ramai di kalangan mereka tidak kenal tuhan dan tidak mempedulikan tuhan. Tidak ada siapa yang mahu dan hendak menyampaikan risalah ketuhanan kepada mereka. Mereka ketandusan nur-Ilahi. Kalau ada pun yang datang berdakwah kepada mereka lebih bermotifkan politik atau tentu ada tujuan tertentu untuk kepentingan sendiri. Maka agama mereka tetap terbiar. Mereka tetap kehilangan tuhan. Kerana kehilangan tuhan, maka hilanglah kasih sayang sesama manusia. Bilamana hilang kasih sayang sesama manusia maka berlakulah bermacam-macam hasad dengki, hina menghina, kata-mengata di sana sini. Lantas lahirlah fitnah-memfitnah, jatuh-menjatuhkan, dan mementingkan diri semata-mata. Maka pelbagai krisis, pergaduhan dan peperangan berlaku di kalangan manusia. Lebih-lebih lagi tidak ada siapa pun yang datang menjadi pendamainya. Ada penguasa-penguasa dan orang-orang kaya menindas dan menzalimi yg lemah dan x berupaya. Mereka ini melakukan sewenang-wenangnya dengan kekuasaaan dan kekayaannya. Namun tidak ada pun tangan-tangan besi yang dapat serta mampu menghalangnya. Maka bertambah rakuslah mereka ini. Kalaupun ada tangan-tangan yang hendak menghalangnya namun tangan yang lumpuh. Justeru penindasan dan penzaliman tetap bermaharajalela.
~Ya Allah, aku memohon maaf kepada-Mu Tuhan kerana tidak dapat menjadi pembela atau penyelamat. Janganlah kerana kemiskinan dan tidak sampainya risalah Islam kepada mereka aku dipersalahkan dan jangan pula seluruh kesalahan mereka dipertanggungjawabkan ke atas bahuku. Sungguh aku tidak berdaya menanggungnya. Aku memohon maaf dan ampun di atas kelemahanku ini Tuhan. Oh tuhan, janganlah Engkau bertindak ke atas diriku yg lemah ini.
*******
Ardour of Admiration (AoA)
0 comments:
Post a Comment