Dunia ini ibarat roda yg berputar...
...........................
Salam sejahtera. Hari ni jumaat 17 ogos 2007. Agaknya sudah setahun aku meninggalkan dunia blog. Entah kenapa tiba2 rasa hendak kembali menulis blog. Kadang2 terfikir kenapalah hidup ini begitu sukar untuk dimengertikan. Benarlah kata orang hidup ini umpama roda yg selalu berputar. Hari ini kita berada di atas dan semua orang akan memandang kita, tetapi kita tidak akan selamanya berada di atas kerana akan tiba masanya kita pula akan berada di bawah.
Setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam ada tidur nyenyaknya, dan setelah sakit akan ada kesembuhannya. Setiap yg hilang akan pasti ketemuan jua, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan akan ada kemudahan, dan setiap kegelapan itu akan terang benderang-benderang akhirnya. Itulah warna-warna dunia. Ah, dunia sesuatu yg fana. Sebagai persinggahan sementara utk akhirat kelak yg kekal.
Seingat aku Allah ada berfirman dalam al-Quran, bahawa mudah-mudahan Dia (Allah) akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya) atau sesuatu keputusan dari sisiNya....
Saat anda melihat hamparan padang Sahara yg seolah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yg rimbun penuh hijau dedaunan. Ketika anda melihat seutas tali meregang kuat, ketahuilah bahawa, tali itu akan segera putus. Ntahlah, knp kadang2 sukar sgt umat kita ini utk merenung akan penciptaan alam ini dgn mata hati..
Setiap orang tidak akan lepas dari tangisan, namun ketahuilah bahawa setiap tangisan itu akan berakhir dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman, dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian. Ye, kobaran api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim Alaihissalam kerana pertolongan Ilahi membuka jendela yg mengalirkan kesejukan dan keselamatan. Oleh itu, kenapa kita terpaksa resah, gelisah dan sedih dengan hidup ini. Sesuatu tidak akan berlaku sekiranya tidak tersurat utk kita. Dunia hanyalah seketika jua. Tiba masanya kita akan dipanggil mengadap Ilahi, empunya kita semua dan alam sekelian..
Sekian dulu utk kali ini. Azan maghrib pun baru sudah berkumandang di luar sana. Panggilan solat memaksa taipan ini dihentikan dulu. Dan malam ini seperti malam2 yg sebelum, aku akan menelaah pelajaran kerana midterm sudah semakin dekat...
Sekian...

0 comments:
Post a Comment